Showing posts with label Kupas Tuntas Kesesatan Yoga. Show all posts
Showing posts with label Kupas Tuntas Kesesatan Yoga. Show all posts

5/23/2009

Majlis Agama Turki Anjurkan Muslim Tinggalkan Yoga dan Reiki

Istanbul - Majlis dan juga badan urusan keagamaan Turki baru-baru ini mengeluarkan peringatan kepada umat Muslim negeri itu yang mengikuti program yoga.

Dalam sebuah wawancara dengan sebuah majalah keagamaan di Turki, Syaikh Ali Barducoglu, kepala badan urusan keagamaan Turki menyatakan, beberapa ritual yang berasal dari Timur Jauh erat berkaitan dengan ajaran agama dan filsafat tertentu.

"Beberapa ritual yang berasal dari Timur Jauh banyak yang berhubungan erat dengan sebuah ajaran agama atau filsafat tertentu," kata Barducoglu.

Barducoglu mencontohkan, ritual reiki atau kontemplasi alam gaib yang berasal dari Jepang adalah salah satunya. Reiki kerap dilakukan sebagai sarana meditasi dan pengobatan alternatif.

"Ritual tersebut bisa menuntun pengikut atau peminatnya kepada ajaran nihilisme," terangnya.

Padahal, menurut Bardocuglu, ajaran Islam telah memiliki suatu ritual yang jauh lebih hebat dari yoga, yaitu shalat.

"Dalam Islam terdapat anjuran shalat dan membaca al-Qur'an untuk menenangkan jiwa dan mendamaikan batin."

Dikatakannya, shalat dan membac al-Qur'an dapat menjadikan seseorang senantiasa memiliki semangat hidup dan produktif. (ara/L2)

dikutip dari eramuslim



3/10/2009

Hujjah Pengharaman Yoga


HUJAH PENGHARAMAN YOGA

Mohd Aizam bin Mas’od

Caw. Aqidah

Bah. Penyelidikan JAKIM

PENDAHULUAN

Kebelakangan ini, senaman yoga telah menjadi satu budaya baru dalam masyarakat di negara ini bagi membina kesihatan mental dan fizikal. Senaman yoga menurut pengamalnya didakwa boleh menghilangkan tekanan fikiran dan perasaan di samping menyihat dan mencantikkan tubuh badan. Sehubungan dengan itu, banyak pihak tampil ke hadapan untuk mempersembahkan teknik-teknik beserta faedah senaman yoga.

Sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai termasuk umat Islam menyebabkan bisnes berasaskan yoga telah menjadi semakin tersebar luas. Iklan-iklan berkenaan yoga memenuhi laman-laman web, kedai-kedai buku, artikel-artikel di dalam majalah serta penubuhan pusat-pusat latihan yang mengendalikan senaman yoga. Pusat-pusat latihan yoga didapati tumbuh dengan pesat di seluruh negara seperti Jiva Yoga, Ancient Yoga Consulting (AYC), Yoga House, TallTree Yoga, Isha Foundation, Surya Yoga Malaysia, Persatuan Yoga Malaysia, Sahaja Yoga Malaysia dan lain-lain. Kebanyakan penganjur dan pengajar senaman yoga terdiri di kalangan bukan Islam namun terdapat juga segelintir di kalangan umat Islam turut terlibat dalam pengajaran yoga.

Dalam kepelbagaian teknik yoga yang dipersembahkan kepada orang ramai, terdapat juga sesetengah yoga yang mempunyai unsur-unsur penyelewengan aqidah yang jelas. Contohnya, kaedah yang dibawa oleh Sahaja Yoga Malaysia adalah jelas boleh membawa kepada syirik dan pluralisme agama. Menurut ajaran pengasas yoga ini, iaitu Shri Mataji Nirmala Devi, Sahaja Yoga mampu menyatukan inti kepada semua agama.

Dalam upacara yoga yang dilaksanakan pula, pelajar diminta supaya menatap gambar wajahnya, serta menyebut dengan sepenuh hati, “Ibu (gelaran bagi beliau), berikanlah aku kesedaran diri (selfrealisation)”. Pertubuhan ini dilihat telah berjaya mengembangkan pusat-pusat latihannya hampir ke seluruh negara. Sesetengah yoga yang lain pula seperti yang dibawa oleh Talltree Yoga mendakwa yoga ialah penyatuan tenaga tersendiri dengan tenaga yang berada di luar iaitu tenaga alam sekitar. Bermakna yoga ialah koleksi teknik dan amalan kerohanian bertujuan untuk menyepadukan pemikiran, badan, jiwa, emosi dan kepercayaan. Fenomena yoga yang dikatakan mampu mengambil alih tempat agama bagi mengisi kekosongan jiwa dan rohani manusia ini telah melahirkan kebimbangan kepada umat beragama.

Sebagai contoh, pada tahun 2004, pemimpin Gereja Roman Katolik telah memberi amaran kepada penganut agama Kristian supaya berhati-hati terhadap senaman yoga yang dikatakan boleh mengikis amalan ibadat menurut agama Kristian. BBC News melaporkan kenyataan berikut:-

“The Roman Catholic Church has warned Christians against resorting to New Age therapies to satisfy their spiritual needs. Publishing the results of a six-year study of practices such as yoga, feng shui and shamanism, the Vatican said that whatever the individual merits of such therapies, none provided a true answer to the human thirst for happiness. New Age is a misleading answer to the oldest hopes of man, Cardinal Paul Poupard” [1]

HAKIKAT YOGA

Definisi Yoga

Yoga ialah perkataan Sanskrit yang mempunyai banyak makna[2]. Ia berasal daripada bahasa Sanskrit yuj, bermaksud mengawal, menyambung atau menyatu[3]. Yoga dari segi istilah ialah “union; kesatuan; ‘sambungan atau ‘kuk’ roh individu dengan roh alam semesta; penyatuan dengan roh Ilahi[4]

Sumber Ilmu Yoga

Pengajaran Yoga terdapat di dalam kitab suci agama Hindu ‘Bhagavad Gita’. Nama ‘Bhagavad Gita’ bermaksud “lagu tuhan”, dan Bhagavat merupakan gelaran Krishna. Dalam konteks Bhagavad Gita, perkataan ‘Yoga’ memerihalkan satu pandangan bersatu, ketenangan fikiran, kemahiran bertindak, serta keupayaan untuk mengekalkan penyesuaian dengan kemuliaan Diri (Atman), dan yang mempunyai intipati yang sama dengan asas Kewujudan (Brahman). Menurut Bhagavad Gita, tujuan hidup adalah untuk membebaskan fikiran dan intelek daripada kerumitan masing-masing, dan untuk menumpukan kedua-dua ini kepada kemuliaan diri melalui penujuan tindakan kepada Tuhan.

Tujuan ini dapat dicapai melalui yoga-yoga tafakur, tindakan, pengabdian, dan pengetahuan. Gita memerihalkan bahawa Yogi yang terbaik ialah yogi yang sentiasa berfikir dalam-dalam tentang Tuhan. Krishna meringkaskan Yoga dalam lapan belas bab. Terdapat empat jenis Yoga iaitu Raja Yoga atau Tafakur Psikofizikal , Bhakti Yoga atau Pengabdian, Karma Yoga atau Tindakan Tanpa Mementingkan Diri dan Jnana Yoga atau Pengetahuan Mengatasi Diri. Setiap laluan berbeza, tujuan asas masing-masing adalah sama sahaja, iaitu untuk menyedari bahawa: Brahman (Intipati Ketuhanan) merupakan kebenaran tunggal, badan mempunyai batas waktu dan Tuhan Yang Maha Agung (Paramatman) adalah tidak terhad.

Matlamat tertinggi yoga

Matlamat Yoga ialah untuk mencapai nirvana atau moksha iaitu pelepasan diri daripada kitaran penjelmaan semula melalui kesedaran perpaduan dengan kebenaran muktamad. Terdapat tiga peringkat dalam kesedaran diri yang diberikan dalam Bhagavad Gita iaitu; Brahman: tenaga sejagat yang tidak bersifat peribadi, Paramatman: Tuhan yang berada di pusat setiap hidupan, Bhagavan: Tuhan sebagai satu personaliti, dengan bentuk transendental [5]

Falsafah yoga menurut agama bukan Islam

Falsafah yoga hampir diterima oleh semua agama, namun Islam tidak pernah menerima falsafah yoga memandangkan Islam merupakan agama yang amat mementingkan eksklusivisme iaitu perbezaan yang mendasar dalam soal-soal yang berkaitan ketuhanan. Antaranya contoh penerimaan agama lain terhadap yoga ialah seperti berikut:-

a) Yoga Hindu: Mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Tuhan semasa Roh masih ada dalam badan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini.[6]. Jalan keluar daripada dukkha dan samsara yang berterusan ini hendaklah belajar cara-cara mengamalkan Yoga yang betul [7]

b) Yoga Buddha: Hasil daripada pertapaannya, Gautama Buddha mendapat Kegemilangan Rohaniah ( Enlightened ). Hasil daripada terlepas dirinya daripada kenyataan hidup di dunia ini yang tidak lain daripada dukkha dan samsara.

c) Yoga Yahudi: Yahudi juga menerima Yoga. Mereka menggunakan cara yang sama seperti lahihan bernafas, membaca mantra dan melakukan kedudukan badan yang berbagai digelar Asana demi hendak mencapai sejenis keadaan kesedaran ( consciousness) [8]

d) Yoga Kristian: Matlamat Yoga Kristian ialah “Kesatuan Roh dengan Tuhan”, bererti Yoga sesuai dengan Kristian. Yoga Kristian mengatakan bahawa kita bersatu dengan Allah selepas mati. Manakala Yoga Hindu mengatakan bahawa kita boleh bersatu dengan Allah semasa Roh masih ada dalam badan, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini [9]

Aspek fizikal yoga

Aspek fizikal di dalam amalan yoga digelar Asana Yoga. Enam contoh senaman asana ialah seperti berikut:-

a) Padmasana Seorang duduk bersela di atas lantai. Kaki kanan di atas peha kiri dan kaki kiri di atas peha kanan. Tapak tangan di atas lutut kanan dan tapak tangan kiri di atas lutut kiri. Ibu jari menyentuh jari telunjuk. Inilah di antara yang dilihat di layar putih TV tempatan. Erti Padmasana kedudukan teratai. Di kalangan Hindu, bunga teratai adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai juga menjadi simbol kepada anggota kemaluan perempuan[10]. Padmasana merupakan imbangan yang sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang.

b) Yuga-Mudra simbol sujud seseorang kepada Tuhan. Cara duduknya: Bersila sama seperti seperti duduk Padmasana. Tarik nafas dengan mendalam, kemudian hembuskan. Tunduk perlahan-lahan ke hadapan sehingga dagu dan mulut mencecah lantai. Dua belah lengan angkat ke atas, kedua belah tangan berpegangan. Kekalkan dalam keadaan begitu seberapa lama yang boleh tanpa menarik nafas, kemudian tarik nafas dan angkat badan perlahan-lahan sehingga tegak seperti kedudukan asal serta hembuskan nafas.Yoga- Mudra ini amat jelas melibatkan perkara agama atau ketuhanan.

c) Matsyasana- kedudukan ikan. Duduk sama seperti Padmasana juga. Rebahkan badan ke belakang. Angkat dada ke atas supaya bahagian tengah kepala dapat mencecah lantai. Tangan kanan memegang kaki kanan dan

tangan kiri memegang kaki kiri. Bernafaslah seperti biasa dan jangan ada paksaan[11].

d) Padmasana cara Gheranda Saniluta: Duduk bersila sama seperti Padmasana; kedua tangan silangkan ke belakang dan pegang jari ibu kaki yang bersilang itu dengan kuat ( jari ibu kaki kanan dengan tangan kanan dan jari ibu kaki kiri dengan tangan kiri); tundukkan kepala sehingga sampai ke dagu serta tekankan dagu itu ke dada serta mata melihat batang hidung’[12].

e) Vajraana: menyerupai duduk tasyahhud dalan solat Islam, punggung duduk di atas tumit dan peha di atas labu betis [13].

f) Garudasana – Garuda nama burung khayalan berkepalakan rupa manusia tunggangan Tuhan Vishnu bila dia mahu naik ke langit. Vishnu sendiri biasanya digambarkan dengan bunga teratai. [14]

Cara melakukan Garudasana

hendaklah berdiri tegak dengan sebelah kaki kanan memijak kuat di atas lantai. Sekarang angkat kaki kiri, peha kiri jadi bersilang dengan peha kanan. Belakang betis kiri dan kaki mebelit betis kanan “seperti akar membelit pohon”. Cara yang sama dilakukan ke atas lengan, sebelah lengan membelit lengan sebelah lagi. Tapak tangan menyentuh satu sama lain. Tangan terletak di hadapan muka. Kedudukan kaki dan tangan hendaklah bertukar ganti. [15]

Lima jenis senaman yoga yang lain ialah seperti berikut:-

a) Hatha Yoga, Ha ertinya matahari dan tha ertinya bulan. Dengan pengertian menyatukan matahari dan bulan melalui jalan pernafasan. Hatha Yoga ini semata-mata mengenai badan fizikal kita. Ini bererti Hatha Yoga bermaksud menguasi pemikiran kita melalui cara pernafasan tertentu. Menyedut nafas ke paru-paru digelar puraka; menahan nafas dalam paru-paru digelar kumbhaka dan menghembuskan nafas dari dalam paru-paru digelar rerchaka. Cara menamalkannya: Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-lahan (puruka); ulang beberapa kali; lepaskan ibu jari dan tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukan sedutan dan hembusan nafas beberapa kali sama seperti yang dilakukan sebelumnya. Pranayama tertentu (pernafasan tertentu):Tutup lubang hidung kanan dengan ibu jari kanan; tarik nafas perlahan-lahan; tutup lubang hidung kiri dengan jari tengah dan jari manis; lakukanlah kumbhaka (simpan nafas dalam paru-paru); hembuskan nafas perlahan-lahan; tarik nafas semula; tutup dengan ibu jari; lakukan kumbhaka; jatuhkan jari; hembus nafas perlahlan-lahan.

Amalan ini bertujuan menguasai pernafasan digelara pranayama Hatha Yoga. Ini diperingkat permulaan, boleh diulangi amalan seperti ini berberapa kali sesuka hati.Amalan seperti ini ada bahayanya kecuali jika dilakukan dengan cara sederhana yang ketat. Ada aliran lain yang seakan dengan Hatha Yoga digelar chakra ( pusat )[16]. Hatha Yoga ini bertujuan mendapatkan kesegaran dan kesihatan sebagai sokongan kepada Asana Yoga yang mempunyai tujuan yang sama. Selepas Hatha Yoga diikuti dengan Karma Yoga[17].

b) Karma Yoga ialah Yoga sebab musabbab. Karma Yoga melatih hidup tidak mementingkan diri, berkhidmat untuk umat manusia, kepada masyarakat dan negara di mana anda berada. Dari Karma Yoga kita mempelajari bagaimanakah cara kita melawan sifat tama’ dan mementingkan diri sendiri. Kita tuai atau petik buah daripada pokok yang kita tanam. Karma Yoga adalah latihan penyucian diri. Melalui meditasi mengangkatkan darjat kita ke darjat tertinggi. Hasil daripada latihan ini hati kita menjadi lembut yang melayakkan kita kepada mengamalkan Bhakti Yoga[18].

c) Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi. Dengan ini terbukalah akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita beribadat kepada Tuhan. Karma dan Bhakti Yoga ini disatukan lalu melahirkan tenaga, kemahuan dan kekuatan Mental. Dari sinilah Raja Yoga menarik kita ke jalan menguasai daya fikiran, melalui proses mengira muhasabah diri menaikan darjat kita ke darjat Kuasaan Rohaniyah (Psychic Powers). Bhakti Yoga ialah Yoga Devotion (Ibadat) atau Yoga Kecintaan kepada Tuhan dengan menyerahkan diri dengan sepenuhnya kepada Tuhan, Yoga seorang Faqir, atau seorang sederhana bersahaja, dan inilah namanya Bhakti[19]. Bhakti Yoga ialah hubongan Yogin dengan Allah melaui cinta, ta’at dan menyerah diri ( Bhakti )[20].

d) Jnana Yoga Bila sampai ke tahap ini, kita sudah layak memeriksa diri dengan minda yang terlatih dan daya yang tinggi melakukan konsentrasi terhadap apakah Hikmat Manusia Ada Di Dunia ini, Kesatuan segala-gala ( Unity of Allah Things; Wahdat al-Wujud atau Allah ialah segala-gala ), serta lain-lain masalah; meneliti secara umum alam dunia di mana kita berada, bagaimanakah evolusi manusia sehingga boleh sampai ke tahap di mana sekarang kita berada dan pola kehidupan manusia mengikut arus masa mendatang. Kajian seperti ini digelar Jnana Yoga, Yoga Pengetahuan[21].

e) Raja Yoga membawa kita kepada Mutlaq ( Absolute, Tuhan, God, Allah, Ultimate Reality) melalui concentration dan meditation. Raja Yoga atau Yoga Diraja, laluan pencapaian. Manakala Yoga-yoga yang lain itu hanyalah persediaan belaka. Dicantumkan semuanya itu menjadi laluan hingga ke matlamat pencapaian Yoga Diraja ini. Raja Yoga ialah kuasa mental, selaras dengan meditasi, jasad mesti ikut fikiran dan bukan sebaliknya. Raja Yoga membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada mengalami pencapaian Samadhi ( bersatu ) tertinggi boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah)[22].

Kaitan senaman yoga dengan agama Hindu boleh disimpulkan seperti berikut: -

a) Padmasana merupakan imbangan yang sempurna seperti bunga teratai terapung di atas air kolam yang tenang. Bunga Teratai di kalangan Hindu adalah simbol keheningan, kejernihan dan keyakinan diri. Bunga teratai

selalunya digambarkan dengan Tuhan Vishnu.

b) Garudasana senaman garuda. Nama burung khayalan yang menjadi tunggangan Vishnu ketika mahu naik ke langit.

c) Bhakti Yoga ialah Yoga Ibadat, atau Yoga Cinta Ilahi dengan ini terbukalah akal dan hati kepada martabat Kehidupan Tertinggi, mengajar kita beribadat kepada Tuhan.

d) Jnana Yoga, (Yoga Ma’rifat) Jnana Yoga bertukar daripada perkara zahir dunia kepada batin yang ada dalam diri kita.

e) Raja Yoga atau Yoga Diraja, membimbing seseorang pengamal Yoga (yogin) itu kepada mengalami pencapaian Samadhi (bersatu) tertinggi boleh bersatu dengan Mutlaq (Allah).

Kesimpulan kaitan senaman yoga dengan Hinduisme Yoga bukan senaman badan asana semata-mata. Senaman Yoga tidak lengkap tanpa meditasi yang melibatkan fikiran. Meditasi (tumpuan fikiran semata ke alam rohaniah) bermatlamatkan bersatu dengan Roh Alam (Tuhan), seperti tersebut di atas.

Terdapat banyak risalah yang menerangkan bagaimanakah cara-cara mengamal dan melakukan Asana Yoga. Semuanya ini dengan tujuan dapat bersatu dengan roh alam. Di antaranya sebelum melakukan Asana Yoga, tiga perkara perlu dipatuhi iaitu:-

a) melakukan dan menguasai cara-cara bernafas (bukan lagi seperti cara bernafas biasa sehari-hari.

b) berdoa, temasuk menyebut kalimah suci OM atau AUM dan

c) bermeditasi. (Semua tiga perkara a, b dan c ini dengan cara agama Hindu).

Cara meditasi utama di kala hendak mengamalkan yoga ialah kosentrasi pada satu titik. Ini mungkin merupakan perkara fizikal, seperti titik cahaya di dinding, atau memusatkan perhatian mata kepada batang hidung sendiri, atau boleh jadi satu buah fikiran, atau Kewujudan Tuhan sendiri. Semua fikiran-fikiran yang bertaburan dan perhatian yang berselerak jadi tersusun rapi ditujukan kepada maha satu. Tujuannya ialah supaya boleh dikuasai, boleh dihapuskan atau, semua fikiran-fikiran yang bercelaru, sama ada datangnya daripada pancaindera atau kesedaran batin diikat-sekat dengan melakukan konsentrasi. Pengamal yoga sebenar mengamalkan konsentrasi ini ke atas satu titik pada bila-bila masa, dan terhapuslah kecelaruan fikiran.

Melalui disiplin ini sebenarnya seorang yogi (pengamal yoga) bermujahadah hendak membebaskan fikiran daripada belenggu kebendaan deria agar dapat mencapai samadhi – bersatu dengan tuhan Brahma – lalu menjadi satu [23]. ‘Brahman (Allah) ialah segala-gala dan Atman (zat maha batin setiap individu) ialah Brahman’; diri alam semesta maha tinggi dengan Tuhan”.[24]

DALIL DAN HUJAH

*Kewajipan umat Islam memelihara aqidah daripada segi niat, perkataan dan perbuatan

Dalil :

“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu”. (Surah Muhammad: 33)

Hujah :

Ayat ini memerintahkan supaya umat Islam tidak mempersia-siakan segala amalan kebaikannya dengan sengaja membiarkan diri terjebak ke dalam perbuatan syirik. Menurut Imam al-Razi, perkara yang membatalkan amalan di

sini ialah melakukan kesyirikan.

Ia berdasarkan firman Allah: “Sekiranya kamu melakukan syirik, maka gugurlah amalan kamu” (Surah al-Zumat: 65) [25] .

Melakukan senaman yoga tanpa sebarang kefahaman mendalam tentang aqidah Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada syirik kerana yoga mempunyai matlamat penyatuan diri manusia dengan tuhan.

“Wahai orang beriman, masuklah ke dalam Islam keseluruhannya, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia bagi kamu ialah musuh yang nyata”.(Surah al-Baqarah: 208)

Hujah :

Menurut Dr. Sayyid Tantawi maksud mengikuti langkah-langkah syaitan di dalam ayat ini iaitu :

“Satu amaran bahawa syaitan banyak mendorong manusia melakukan kejahatan selangkah demi selangkah, peringkat demi peringkat sehingga menjadikan (manusia) itu jinak lalu menyerangnya tanpa sebarang keraguan lagi, demikian itu berlaku bagi sesiapa yang diirnya telah dipengaruhi oleh syaitan lalu dilalaikan oleh Allah SWT. Orang berakal ialah yang menjauhkan diri daripada setiap godaan dan bisikan syaitan. Sesungguhnya dosa yang kecil boleh menjadi besar dan sesiapa yang duduk berdekatan kawasan larangan dikhuatiri akan terjatuh ke dalamnya” [26] .

Oleh itu, meninggalkan pengamalan yoga itu lebih selamat kerana ditakuti pengamalan yoga boleh membawa kepada ikutan terhadap ajaran Hinduisme yang sama sekali bercanggah dengan aqidah.

*Perintah supaya umat Islam istibra’ (berlepas diri) daripada peribadatan agama lain

Dalil :

Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”.

Hujah :

Menurut Imam Ibn Kathir surah ini merupakan surah al-bara’ah (pelepasan diri) daripada amalan yang diamalkan oleh orang musyrikin. Ayat tiga yang bermaksud

“Dan tidaklah aku menyembah apa yang kamu sembah”

bermakna aku tidak beribadat dengan ibadat kamu iaitu tidak mengambil jalan itu dan mengikutinya, sebaliknya aku menyembah Allah s.w.t. berdasarkan cara yang disuruh dan diredhainya. Manakala ayat empat yang bermaksud

“Dan tidaklah kamu menyembah apa yang aku sembah” bermakna kamu tidak mengikut perintah-perintah Allah s.w.t. dan syariat-Nya dalam beribadat bahkan kamu telah mereka-reka sesuatu daripada diri kamu sendiri. Ianya bersamaan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Yunus ayat 41:

Bermaksud: “Dan sekiranya mereka membohongi kamu maka katakanlah bagiku amalanku dan bagi kamu amalan kamu, (ibadat) kamu tidak berkaitan dengan amal (ibadat) ku dan aku berlepas diri dengan segala (ibadat) yang kamu kerjakan.”

Begitu juga dengan ayat 15 surah al-Syura:

Yang bermaksud: “Bagi kami amal (ibadat) kami dan bagi kamu amal (ibadat) kamu.” Yang bermakna kami berlepas diri daripada (ibadat) kamu. [27]

Oleh kerana yoga berasal daripada unsur-unsur peribadatan di dalam agama Hindu, maka amat wajar umat Islam untuk berlepas diri (istibra’) daripada amalan ini bagi memastikan keimanan mereka benar-benar terjamin di sisi Allah SWT.

*Larangan menyerupai perbuatan ibadah agama lain

Dalil :

Daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menyerupai (bertasyabbuh) dengan suatu kaum, maka ia termasuk di kalangan mereka. (Riwayat Abu Daud, no. 3512)

Hujah :

Menurut Ibn Taimiyah hadith ini dengan jelas menyebut tentang larangan menyerupai orang kafir dalam hal berkaitan syiar agama mereka. Sedangkan yoga adalah termasuk daripada sebahagian syiar ibadat agama Hindu. Beliau

menukilkan pandangan seperti berikut:-

“Imam Ahmad dan selainnya telah berhujah dengan hadith ini, dan hadith ini ialah serendah-rendah keadaan yang mengandungi pengharaman menyerupai mereka (kuffar) sebagaimana firman Allah “sesiapa yang mengambil mereka sebagai pemimpin maka orang itu termasuk golongan mereka”

ianya sama dengan pandangan Abdullah ibn ‘Amru: sesiapa yang menetap di bumi orang musyrikin, melakukan perayaan Nairuz dan pesta mereka lalu menyerupai mereka sehingga mati, ia dibangkitkan bersama mereka pada hari Qiyamah. Ini boleh difahami dengan maksud penyerupaan secara mutlak, maka ia membawa kekufuran. Namun ia juga bermaksud pengharaman terhadap penyerupaan sebahagian yang demikian. Boleh jadi juga ia mengandung makna ia (penyerupa) serupa dengan mereka pada kadar yang menyamai sahaja. Sekiranya kekufuran atau kemaksiatan atau syiar (agama) yang ditirunya maka hukumnya adalah sama”[28].

*Menyekat jalan-jalan kerosakan / kebinasaan (sad al-zara’i‘)

Menggunakan Kaedah Usul Fiqh: Sadd al-Zara’i’ . Ia adalah perkara-perkara yang pada zahirnya harus tetapi dibawa dengannya kepada perbuatan haram. Makna sadd al-zara’i’: Menyekat alat dan jalan-jalan kerosakan bagi menyekat kerosakan sekiranya perbuatan yang selamat daripada kerosakan menjadi jalan kepada kerosakan[29].

Hujah :

Kaedah sadd al-zara’i‘ perlu dilakukan ke atas senaman yoga kerana didapati senaman ini ialah salah satu aktiviti utama untuk mencapai matlamat asal yoga iaitu penyatuan diri dengan tuhan. Menurut Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, jalanjalan itu terbahagi kepada beberapa jenis. Perbuatan dan perkataan yang menuju kepada kerosakan itu dua bahagian. Pertama, peletakannya itu memang untuk menuju kepada kerosakan, zahirnya tiada maksud yang lain. Kedua, peletakannya itu bagi perkara yang harus atau sunat, tetapi ia diambil sebagai jalan kepada yang diharamkan sama ada dengan niat atau tanpa niat. Kemudian jalan-jalan ini juga terbahagi kepada dua bahagian.

Pertama hendaklah kebaikan perbuatannya lebih kuat daripada kerosakannya.

Kedua, hendaklah kerosakannya lebih kuat daripada kebaikannya.

Kesimpulannya, jalan-jalan itu terbahagi kepada empat bahagian.

Pertama, jalan yang diletakkan untuk menuju kepada kerosakan semata-mata.

Kedua, jalan yang diletakkan harus tetapi ditujukan untuk sampai kepada kerosakan.

Ketiga, jalan yang harus, tidak diniat untuk menuju kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang haram pada kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya.

Keempat, jalan yang harus dan boleh jadi menuju kepada kerosakan tetapi kebaikannya lebih kuat daripada kerosakannya[30].

Penggunaan senaman yoga untuk kesihatan semata-mata termasuk di dalam kategori jalan yang ketiga iaitu jalan yang harus, tidak diniat untuk menuju kepada kerosakan tetapi ia menjadi sebab terjebak kepada yang haram pada

kebiasaannya dan kerosakan lebih kuat daripada kebaikannya. Walaupun pengamal yoga mendakwa mereka mendapat manfaat daripada mengamalkan yoga tanpa sebarang unsur-unsur keagamaan luar, namun jalan tersebut

dikhuatiri boleh menjejaskan aqidah mereka secara sedikit demi sedikit. Paling kurang iaitu berlakunya penyerupaan terhadap perbuatan ibadat agama Hindu walaupun dilakukan tanpa sebarang niat. Sedangkan mudarat aqidah lebih besar daripada kebaikan manfaat kesihatan. Malah kesihatan fizikal mampu diperolehi walaupun bukan melalui senaman yoga.

*Matlamat untuk memelihara kesihatan tidak boleh menghalalkan cara

Kaedah Syar’iyyah : Matlamat tidak menghalalkan cara

Hujah :

Bagi tujuan memelihara kesihatan dan perubatan, Islam menegah umatnya daripada menggunakan jalan atau perkara yang diharamkan. Para ulama bersepakat bahawa menggunakan perkara yang diharamkan untuk perubatan adalah dilarang[31]. Ia berdasarkan beberapa hadith Nabi SAW:

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada apa yang diharamkan ke atas kamu”. (Riwayat al-Bukhari)

“Sesungguhnya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan setiap penyakit ada ubatnya, maka berubat lah dan jangan kamu berubat dengan perkara yang haram”. (Riwayat Abu Daud)

Hanya dalam keadaan tertentu yang disifatkan sebagai darurat (terdesak) kerana tiada lagi jalan atau perkara yang halal menurut pakar perubatan, maka pada ketika itu harus bagi umat Islam menggunakan jalan atau perkara yang haram (sekadarnya sahaja) untuk tujuan perubatan dengan syarat mendapat nasihat pakar perubatan muslim yang dipercayai. Oleh itu, melakukan senaman yoga pada hakikatnya bukanlah suatu bentuk keadaan yang darurat, sebaliknya di sana terdapat pelbagai bentuk terapi fizikal yang boleh menenangkan minda dan tubuh badan. Malah al-Qur’an sendiri merupakan ayat-ayat yang mampu memberikan ketenangan kepada jiwa muslim

yang mengalami kegelisahan dan ketidaktenteraman. Di samping itu, yoga juga merupakan suatu bentuk senaman yang boleh membawa kepada hukum syubhat kerana percampuran antara amalan fizikal yang mengandungi unsur Hindu dengan yang hanya melibatkan fizikal semata-mata. Dalam hal ini Nabi SAW mengarahkan umat Islam meninggalkan perkaraperkara syubhat kerana ia dikhuatiri terjerumus melakukan yang haram. Sabda Nabi SAW:

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan”. (Riwayat Bukhari)

FATWA ULAMA DAN INSTITUSI ISLAM BERKENAAN YOGA

-Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura

“Yoga adalah antara perkara-perkara bid’ah yang digolongkan ke dalam bid’ah dhalalah . Ia mengandungi unsur-unsur agama Hindu. Segala perkara yang mengandungi unsur-unsur syirik dan boleh merosakkan kepercayaan (iktikad) seperti yang menganjurkan kepada persemadian kepada yang bukan mengingati Allah adalah dilarang dan hukumnya haram”[32].

-Fatwa Dar al-Ifta’ Mesir

“Bahawa pergerakan senaman semata-mata yang bermanfaat bagi tubuh atau sebahagian anggota badan, tidak salah dan tidak haram tetapi ini tidak dinamakan yoga. Bahawa apa yang disandarkan kepada nama ini (yoga) semestinya dikaitkan dengan konsep ‘guru’ (mursyid), konsep cakra (titik-titik pusat) dan konsep ‘energi’ (tenaga tertinggi), semuanya ini konsep-konsep yang berkaitan dengan keberhalaan dan kesyirikan. Adapun hanya pergerakan semata-mata maka ia tidak dinamakan dengannya (yoga). Pemaksaan seseorang untuk menamakan pergerakan-pergerakan badan ini sebagai yoga tidak harus dari segi syara’. Ia termasuk dalam bab menamakan sesuatu dengan bukan namanya yang boleh menatijahkan penghalalan atau pengharaman sesuatu, dan ia telah pun ditegah.

Rasulullah SAW bersabda: ”Akan ada manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan dengan namanya”. Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Abi Malik al- Asy’ari r.a. Dalam riwayat al-Darimi daripada ’Aisyah r.a.h. menyebut: ”Mereka menamakannya dengan selain namanya lalu menghalalkannya (arak)”.[33]

-Pandangan Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi

“Dan sesiapa yang mengamalkan senaman yoga – iaitu latihan pergerakan tubuh – dan tidak terlintas di fikirannya unsur penyembahan, tidak juga untuk mengikuti golongan penyembah berhala, tidak juga menyerupai mereka, maka yang lebih selamat dan lebih berhati-hati ialah menjauhkan diri daripada menyerupai mereka, lebih-lebih lagi setelah mengetahui bahawa asal-usul senaman yoga yang mempunyai unsur keberhalaan, sebagai beramal dengan hadith: “Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan”. Malah Islam telah melarang tegas sebarang penyerupaan dengan penyembah berhala walaupun hanya dari segi supa dan bentuk. Oleh sebab itu Islam telah menegah solat pada waktu terbit matahari dan ketika tenggelamnya, kerana penyembah matahari menyembah matahari pada kedua-dua waktu ini. Tidak diragukan lagi bahawa larangan daripada solat pada kedua-dua waktu tersebut ialah sebagai menyekat jalan-jalan kerosakan walaupun ia tidak terlintas di benak orang yang solat untuk menyembah matahari atau menghadap ke arahnya di dalam solat”[34].

-Fatwa Ustaz Mas’ud Sobri (Islamonline)

“Hukum syara’ bagi melakukan senaman ini boleh disimpulkan seperti berikut:

Sesiapa yang mengamalkan yoga dan mempercayai yoga sebagai satu kepercayaan yang meningkatkan kerohanian dan diri, menyerupai aqidah agama Hindu, maka mengamalkannya adalah haram. Manakala sesiapa yang melakukan senaman yoga sebagai satu jenis senaman semata-mata yang tiada kaitannya dengan aqidah, maka hukumnya ialah harus berasaskan kepada asal yang telah diletakkan oleh jumhur fuqaha’: Bahawa asal setiap sesuatu itu harus sehingga terdapat nas yang mengharam, diringi pula dengan niat seseorang yang melakukannya, sebagaimana yang berlaku ke atasnya kebanyakan hukum berdasarkan sabda Rasulullah SAW,

”Bahawasanya setiap amalan itu dengan niat, dan setiap orang berdasarkan apa yang diniatkannya”.

Sebagaimana Islam mendapati banyak amalan tradisi kemasyarakatan seperti perkahwinan dengan pelbagai jenis. Lalu Islam membatalkan kesemuanya dan mengekalkan apayang dimaklumi oleh ramai hingga ke hari ini iaitu (kebiasaan) seorang lelaki menuntut anak gadis daripada bapanya dan lain-lain bentuk tradisi kemasyarakatan dalam perkahwinan yang telah dikekalkan oleh Islam. Berdasarkan apa yang diterangkan sebelum ini, tidak mungkin dihukumkan haram ke atas pengamalan yoga, sekiranya yoga itu hanya senaman secara jasmani semata-mata, yang tiada kaitannya dengan aqidah”[35].

-Pandangan Fatwa Islamweb.net

“Yoga bukanlah hanya senaman badan semata-mata tetapi ianya ialah ibadah yang dihadapkan oleh pelakunya kepada matahari selain daripada Allah SWT. Ianya tersebar ke seluruh India sejak zaman dahulu. Nama asal bagi senaman ini dalam bahasa Sanskrit (sastanja surya nama sakar). Bermaksud sujud kepada matahari dengan lapan titik di tubuh. Bermula latihan-latihan yoga dengan kedudukan pertama yang menggambarkan penghormatan kepada yang disembah iaitu matahari. Latihan-latihan ini semestinya diiringi dengan sejumlah daripada lafaz-lafaz yang dengan jelas menyebut tentang penyembahan matahari dan menghadap ke arahnya.

Dan sekiranya ditanya: Adakah harus beramal dengan latihan-latihan ini tanpa menghadap ke arah matahari dan melafazkan ucapan-ucapan yang disebutkan (mantera)? Jawapannya: Bahawa sekiranya latihan-latihan ini terlepas daripada kalimah-kalimah keberhalaan dan menghadap ke arah matahari serta tunduk dan hormat kepadanya, ianya tidak dinamakan yoga. Sebaliknya ia adalah senaman mudah yang dilakukan oleh kesemua bangsa, maka tiada larangan untuk melakukannya ketika itu, di samping memelihara dua perkara berikut:-

a) Menyalahi susunan posisi-posisi yang disebutkan dalam yoga serta memasukkan sesetengah posisi-posisi yang baru ke atasnya bagi mengelakkan unsur penyerupaan.

b) Tidak melakukannya pada waktu yang digalakkan oleh agama Hindu melakukannya seperti pada waktu terbit matahari”[36].

-Keputusan Panel Kajian Aqidah JAKIM

Kertas berkenaan yoga telah dibentangkan di dalam mesyuarat PKA sebanyak tiga kali oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim dan Urusetia JAKIM. Kali pertama ia dibentangkan pada mesyuarat PKA kali ke-31 bertarikh 20 Disember 2005, kali kedua pada mesyuarat PKA kali ke-35 bertarikh 19 Jun 2007 dan kali ketiga pada mesyuarat PKA kali ke-37 bertarikh 13-15 Mei 2008. Kesemua mesyuarat memutuskan bahawa amalan yoga adalah bercanggah dengan Islam dan secara tidak langsung mempromosikan ajaran Hindu. Mesyuarat PKA kali ke-31 juga antara lain mengesyorkan supaya senaman lain seperti taichi boleh dijadikan sebagai senaman alternatif kepada yoga kerana ianya tidak mempunyai falsafah tertentu di sebaliknya.

-Keputusan Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 telah memutuskan setelah mengkaji dan meneliti hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan yoga maka, ahli muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi yang menggabung amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan aqidah seseorang muslim.

Oleh ahli muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dan berwaspada daripada perkara-perkara yang boleh menghakis aqidah seseorang muslim. Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis aqidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:-

a) Kepercayaan atau keyakinan di hati

b) Menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah

c) Perbuatan

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara aqidah mereka daripada terhakis.


[1] http://news.bbc.co.uk/2/hi/europe/2722743.stm, dilayari pada 7 April 2008

[2] Apte, Vaman Shivram (1965). The Practical Sanskrit Dictionary. Delhi: Motilal Banarsidass Publishers, p.788

[3] Flood, Gavin (1996). An Introduction to Hinduism. Cambridge: Cambridge University Press, p.94

[4] John Ferguson, An Illustrated Encyclopaedia of Mysticism, “Atman”, New York: Seabury Press, 1977, p.20.

[5] Kertas Yoga pada mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-31/2005 & 35/2007 oleh Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim & http://ms.wikipedia.org/wiki/Kandungan_Bhagavad_Gita, dilayari pada 7 April 2008

[6] James McCartney, 1969, Yoga The Key to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc., p.2.) Selepas matinya seseorang itu dia akan hidup semula ke dalam jasad lain. Keadaan ini berterusan sehingga sampai ke tahap suci yang layak bersatu dengan Tuhan - Brahma

[7] John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopaedia of Mysticism, “samsara”, New York: Seabury Press, p. 163 & Armstrong, K, . A History of God, New York: Ballantine Books, 1993, p. 32

[8] Armstrong, K, . A History of God, New York: Ballantine Books, 1993, p. 250.

[9] James McCartney, 1969, Yoga The Key to Life, New York: E.P. Dutton & Co., Inc., p.2.

[10] Phelan, N and Volin, Michael, Sex and Yoga, New York: Bantam Books, 1969, p. 150

[11] Alain, Yoga for Perfect health, New York: Pyramid Books, 1970, pp. 85-89

[12] John Ferguson, 1977, An Illustrated Encyclopaedia of Mysticism, “Yoga”, New York: Seabury Press, p213.

[13] Alain, Yoga for Perfect health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 86.

[14] Abdufatah, Sumber Ajaran Sesat, Putrajaya: JAKIM, hlm.5

[15] Alain, Yoga for Perfect health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 105)

[16] Wood, E.E., Practical Yoga, California, Wilshire Book Company, 1970. pp. 119-120 & 170

[17] McCartney, J. Yoga: The Key To Liffe, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 10, 40-41

[18] McCartney, J. Yoga: The Key To Liffe, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41, 105, 149

[19] McCartney, J. Yoga: The Key To Liffe, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41, 149

[20] ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 154.

[21] McCartney, J. Yoga: The Key To Liffe, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 41

[22] ALAIN, Yoga For Perfect Health, New York: Pyramid Books, 1970, p. 131. McCartney, J. Yoga: The Key To Liffe, New York: E.P/ Dutton & Co., Inc. 1969, pp. 155, 167, Wood, E.E., Practical Yoga, California, Wilshire Book Company, 1970. pp. 171.

[23] “Yoga” The New Webster’s International Encyclopaedia, D.S. MAX 1966

[24] John Ferguson, An Illustrated Encyclopaedia of Mysticism, “Atman”, New York: Seabury Press, 1977, p.20

[25] Tafsir al-Razi, j.14, hal. 118.

[26] Tafsir al-Wasit, Sayyid Tantawi, hal. 356.

[27] Tafsir Ibn Kathir, j.8, hal. 507.

[28] ‘Aun al-Ma’bud, j.9, hal. 54

[29] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, j. 24, hal. 276.

[30] I‘lam al-Muwaqqi‘in ‘an Rabb al-‘Alamin, j.3, hal. 343.

[31] Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, j. 11, hal. 118-119.

[32] http://www.muis.gov.sg/websites/rservices/opendocall.asp?type=I&sno=266, dilayari pada 7 April 2008.

[33] www.dar-alifta.org/ViewFatwa.aspx?ID=4194, dilayari pada 7 April 2008

[34] http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=4627&version=1&template_id=258& parent_id=12 , dilayari pada 7 April 2008

[35] http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1137319993300, dilayari pada 13 Oktober 2008

[36] http://www.islamweb.net/ver2/fatwa/ShowFatwa.php?Option=FatwaId&lang=A&Id=1043, dilayari pada 13 Oktober 2008





2/07/2009

PENIPUAN ILMIAH DIBALIK FOTO KIRLIAN (AURA)

Pemanfaatan Aura atau energi keghoiban yang juga kadang di istilahkan dengan prana, chi, ki, manna, ruah, energi Ilahi atau karomah dari luar tubuh yang kita serap untuk memperoleh tenaga dalam dari hasil doa, sugesti, daya visualisasi dibarengi gerak tubuh dan olah pernapasan harus kita koreksi kebenarannya.

Aura menurut konsep New Age Movement adalah medan energi yang pada hakekatnya merupakan nafas hidup yang bersifat ilahi (micro cosmos) yang sehakekat dengan sumbernya (macro cosmos) yaitu nafas alam semesta (pantheisme/mistik). Memang foto Kirlian yang dikembangkan oleh dua peneliti Rusia bernama Semyon & Valentina Kirlian yang menemukan sistem pemotretan yang kemudian dikaitkan dengan nama mereka. Dalam fotografi ini, film standar diletakkan diantara generator tegangan tinggi dan obyek yang akan difoto (misalnya tangan).

Melalui penyaluran muatan rendah selama satu sampai dua menit terbentuklah bayangan di film tersebut. Apakah gambaran foto tersebut identik dengan Aura? Penelitian tidak menunjukkan ini terbukti, sebab simpul-simpul yang terlihat pada foto cahaya Kirlian tubuh tidak identik dengan simpul-simpul pusat energi yang ada dalam kepercayaan pengobatan gerakan zaman baru (7 Cakra dipercayai dalam Yoga). Memang benar bahwa dari kulit keluar panas badan yang diimbulkan oleh kegiatan mekanisme tubuh, tetapi itu berbeda dengan konsep Aura sebagai badan wadag dalam kebatinan.

Sekarang ini sudah ada yang berusaha untuk bisa membuktikan atau mengklaim eksistensi energi keghoiban, melihat aura bahkan roh dengan menggunakan peralatan modern seperti dengan menggunakan foto aura atau foto kirlian.

Di Jakarta pada lantai satu pertokoan Grand ITC Permata Hijau, Jakarta Selatan, ada toko bertuliskan "Xing Passion Reflexiology & Aromatherapy". Toko itu milik Tom Suhalim yang mempunyai Aura Video Station yang dibeli dari Jerman seharga sekitar US$ 25.000 (dengan kurs sekarang sekitar Rp 226 juta). Harga tersebut untuk satu paket software lengkap dengan beberapa peranti tambahan, seperti kartu PC dan kamera. Cara penggunaannya tubuh seseorang harus menghadap ke arah kamera di atas layar monitor, lalu seluruh ujung jari dimasukkan ke sebuah alat berbentuk seperti telapak tangan. Alat tersebut terbuat dari logam dan langsung terhubung ke PC.

Setelah software Aura Video Station diaktifkan, wajah dan aura yang melingkupinya langsung terlihat. Tidak hanya itu, chakra yang ada dalam diri seseorang pun tampil.Apakah benar suatu hakikat bahwa Aura Video Station bisa membuktikan bahwa yang nampak pada layar monitor adalah aura atau lapisan tubuh bahkan chakra-chakra manusia?

Sesungguhnya kajian ilmu pengetahuan metafisika sekarang ini mengenai lapisan tubuh halus atau aura tubuh, sinar energi adalah asumsi lama tentang teori sinar yang telah dibantah oleh Albert Einstein dengan teori relatifitasnya, sebagaimana diungkapkan oleh Dr.Abdul Muhsin Shalih. Dr.Abdul Muhsin Shalih dalam bukunya Al-Insan al-Hair baina al-Ilm al-Khurafah dengan argumentasi ilmiah dengan dilengkapi dengan foto mengungkapkan bahwa perkiraan berhasilnya foto kirlian atau foto aura dalam memotret atau melihat tubuh eterik atau roh adalah kesalahan atau bentuk penipuan ilmah.

Selanjutnya beliau menjelaskan bahwa sinar bias yang nampak dalam foto kirlian adalah hasil alami proses pengaruh elektrik terhadap film.Sinar bias ini timbul karena bagian tubuh orang itu berada dalam lapangan electro magnetik yang berfrekuensi 2 megacycle atau potential difference ukuran 500 volt.Foto semacam ini telah ditemukan 60 tahun yang lalu,hasil statik electrik yang objeknya diletakkan di bawah pengaruh daya electro magnetik atau gelombang-gelombang radiasi yang mempengaruhinya agar timbul loncatan-loncatan gelombang. Pada saat gelombang-gelombang ini bertabrakan dengan film sensitif dari jenis tertentu, film itu terpengaruh sehingga akan nampak sesuatu seakan-akan bercampur dengan bias cahaya.

Selain itu timbulnya bias cahaya atau sinar yang bisa berbeda warna dan intensitasnya tidak lain diakibatkan karena perbedaan panas tubuh yang dapat berfluktuasi pada keadaan fisiologis tubuh (jika marah atau stres maka tubuh akan lebih panas atau jika takut atau sedih tubuh akan lebih dingin sebab mengeluarkan keringat dingin. Dapat juga karena keadaan situasi lingkungan) atau pengaruh perbedaan daya radiasi electro magnetik. Namun pada kenyataannya dikultuskan dan dikeramatkan dianggap sebagai roh, aura, lapisan tubuh bahkan energi Reiki, Prana atau tenaga dalam.

Selain itu, kepercayaan mistik-pantheisme beranggapan bahwa manusia setiap saat mengeluarkan sinar bio-elektrik dari simpul-simpul sistem saraf perifer yang terdapat di permukaan kulit dan dari titik-titik simpul/bukaan saraf tertentu (titik akupunktur) pada alur saraf sumsum tulang belakangnya yang disebut cakra. Titik-titik ini dapat mengeluarkan sinar yang kuat maupun lemah tergantung pengembangannya oleh manusia tersebut. Energi bio-listrik tersebut dipercaya semula tidur di tulang ekor (Cakra Muladhara) dan melalui rangsangan dengan teknik pernapasan Kundalini bergerak melalui 7 cakra menuju ke otak (Sahasrara Cakra). Bila energi itu sudah mencapai ke otak maka kepala itu akan memancarkan sinar, dan sinar yang menyelimuti tubuh orang itu disebut Aura.

Ada anggapan bahwa 'medan energi' atau yang disebut 'aura' dalam penyembuhan/kesehatan holistik itu dianggap terbukti dengan penemuan fotografi 'Kirlian.' Pada tahun 1940 peneliti Rusia bernama Semyon & Valentina Kirlian menemukan sistem pemotretan yang kemudian dikaitkan dengan nama mereka. Dalam fotografi ini, film standar diletakkan diantara generator tegangan tinggi dan obyek yang akan difoto (misalnya tangan). Melalui penyaluran muatan rendah selama satu sampai dua menit terbentuklah bayangan di film tersebut.[1]


Hasil fotografi Kirlian menunjukkan bahwa dari permukaan tangan yang difoto terpancar aliran sinar yang menakjubkan seakan-akan ada bunga api keluar dari kulit. Pada foto-foto manusia, sinar berwarna warni itu berubah dalam ukuran dan intensitasnya tergantung kondisi mental orang yang difoto. Banyak yang menyimpulkan foto itu tidak lain hanya merupakan gambaran dari perubahan fisiologis yang berlanggsung dipermukaan kulit yang terbaca foto seperti misalnya variasi kelembaban kulit, penampilan temperatur atau kondisi listrik yang berubah-ubah pada permukaan kulit, tetapi bagi para penganut 'mistik-pantheistik' fotografi Kirlian lalu dianggap menunjukkan adanya aura energi dalam tubuh manusia.

Sekalipun beberapa ahli mencoba mencocok-cocokan lokasi titik-titik konsentrasi sinar pada fotografi itu yang dianggap sebagai reaksi listrik dalam tubuh dengan titik-titik akupunktur banyak juga yang menolak. Thelma Moss, ahli jiwa medis UCLA, banyak melakukan penelitian pada metoda fotografi Kirlian dan menemukan banyak sekali titik-titik yang tidak sama dengan titik-titik dalam akupunktur, bahkan dokter Felix Mann yang merupakan spesialis akupunktur yang terkenal di Inggeris kemudian melepaskan keyakinan mengenai kebenaran ilmiah akupunktur. Ia sekarang menganggap bahwa interaksi kompleks antara kulit, otot, dan organ dalam, semuanya diantarkan oleh sistem saraf yang juga kompleks bertanggung jawab atas akibat terjadinya tusukan jarum.

"Beberapa peneliti mengklaim adanya kekurangan ketahanan elektris kulit yang disebut titik-titik akupunktur. Untuk banyak tahun saya sudah mencoba membuktikan hal ini pada pasien maupun mayat. Saya menemukan adanya ribuan daerah besar dan kecil yang ketahanannya rendah, beberapa diantaranya sama dengan titik-titik akupunktur, tetapi kebanyakan tidak ... Setiap kali elektroda yang aktip disalurkan ke kulit ketahanan listriknya berkurang, dan kalau ini dilakukan beberapa kali, seseorang memperoleh titik akupunkturnya sendiri." [2]

Dari beberapa pengamatan di atas, kelihatannya memang ada sistem lain dalam tubuh yang berbeda dengan sistem saraf, sistem saluran darah, sitem pernafasan, dan sistem pencernaan, yang belum diketahui tetapi dapat berfungsi sebagai sarana pengobatan. Tabib-tabib Cina kuno melalui pengalaman sehari-hari mereka rupanya melihat ada titik-titik tertentu dalam tubuh manusia yang bisa mendatangkan dampak pengobatan tertentu, kemudian mereka mendasarkan diri pada kepercayaan animisme dan kebatinan tentang 'energi semesta' yang juga dipercaya sama dengan 'energi' dalam tubuh manusia, kemudian mencoba mendesain suatu sistem (meridian) yang menunjukkan keterkaitan antar titik dengan penyakit-penyakit.

Namun, sampai sekarang ilmu kedokteran termasuk ilmu kedokteran nuklir tidak bisa menghasilkan bukti kebenaran yang mendukung sistem meridian Cina dengan faham cakranya itu sekalipun ada titik-titik (tidak semua) yang bisa menghasilkan efek pengobatan. Koosnadi Saputra yang menulis desertasi mengenai Akupunktur dan penelitian nuklir di UNAIR mengemukakan bahwa sekalipun ada beberapa titik akupunktur (accupoints) yang sudah diketahui memiliki kemiripan dengan penemuan kedokteran mengenai titik-titik picuan (trigger points), sebagian besar titik-titik yang dipercayai oleh akupunktur tidak sama dengan trigger-points yang ditemukan dalam kedokteran.

Dari kesimpulan ini dapat diketahui bahwa masih terlalu pagi untuk menjadikan foto Kirlian sebagai bukti konsep Aura dengan Cakranya karena foto Kirlian menunjukkan adanya sinar yang dikeluarkan tubuh yang sifat-sifatnya banyak berbeda dengan konsep sinar cakra dalam kepercayaan mistik-pantheisme, dan sekalipun ilmu kedokteran modern sudah menunjukkan adanya beberapa titik akupunktur yang memberi efek rangsangan, kenyataannya banyak titik-titik lainnya tidak memiliki efek sama sekali kecuali menimbulkan sugesti perendahan rasa sakit tetapi bukan sakit itu sendiri.

Kenyataannya, foto kirlian ini banyak digunakan untuk mencoba melihat aura atau energi tenaga dalam.Akan tetapi para ilmuan meninggalkannya puluhan tahun yang lalu dan membiarkan para propagandis penikmat ilmu metafisika itu melantur untuk melegalkan pemahaman dan prilaku syiriknya.[3]

Saya (penulis) telah melihat adanya foto aura yang menggunakan komputer yang di pasang kamera video yang diklaim bisa melihat aura tubuh. Di klaim bahwa sesungguhnya adanya penampakan cahaya-cahaya di sekeliling tubuh itu adalah aura bahkan ditambah lagi adanya gerakan cahaya yang berputar di bagian tubuh tertentu yang dikatakan inilah chakra tubuh. Dengan sangat yakin dari bantahan yang diungkapkan Dr.Abdul Muhsin Shalih dapat saya simpulkan foto aura hanyalah sebuah program software biasa yang sengaja dirancang untuk menampakkan suatu bentuk chakra, aura bahkan dikatakan sebagai sinar tenaga dalam dan bukan menampakkan hakikat chakra atau aura yang sebenarnya.

[1] Kirlian Photography, dalam Paul C. Reisser, New Age Medicine, h. 75-78
[2] Accupuncture, Vintage, NY, h.5
[3] Penjelasan langkap lihat buku“Memanggl roh dan menaklukkan jin”karangan Syaikh Majdi Muhammad Asy-Syahawi